Tuesday 29 March 2011

Pertanian

KEPENTINGAN PERTANIAN
  1. Peluang pekerjaan kepada 35% penduduk Malaysia (melebihi 2 juta orang penduduk Malaysia terlibat dalam pertanian).
  2. Menggunakan hampir 70% kawasan di Malaysia yang ditanami dengan berbagai hasil pertanian.
  3. Menyumbang kira-kira 45% daripada pendapatan negara.
  4. Pertanian juga menyebabkan Malaysia menjadi pengekspot utama bagi getah dan minyak kelapa sawit dunia.
  5. Membekalkan bahan makanan seperti beras, sayur-sayuran, buah-buahan, kopi dan sebagainya.
  6. Hampir 1/4 daripada pertukaran wang asing datangnya daripada hasil pertanian (hasil ekspot kelapa sawit, getah, lada hitam, nanas, kelapa kering).
  7. Menggalakkan perkembangan sektor industri pemprosesan hasil pertanian.
  8. Pembukaan kawasan-kawasan baru di luar-luar bandar seperti rancangan FELDA.
  9. Menggalakkan pertumbuhan bandar baru terutamanya di kawasan yang baru diterokai.
  10. Mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan penduduk Malaysia terutamanya di kawasan luar bandar.   
    1. Faktor Yang Menggalakkan Penanaman Padi Di Malaysia
    1. Suhu tinggi iaitu kira-kira 23oC semasa menanam dan 27oC semasa padi masak
    2. Hujan lebat kira-kira 1500 - 2000 mm setahun terutama masa pertumbuhan (padi sawah).
    3. Tanah rata, jenis aluvium, subur dan dapat menakung air.
    4. Tenaga buruh yang ramai dan murah.
    5. Cuaca yang panas dan cerah terutama masa menuai / padi masak.
    6. Ada kemudahan pengairan contohnya Projek Pengairan Muda Kemubu yang membolehkan padi ditanam dua kali setahun.
    7. Adanya penggunaan teknologi moden seperti jentera, racun serangga, dan benih yang baik.
    8. Galakan daripada kerajaan melalui pemberian subsidi baja, racun, benih, jentera serta ada kawalan harga dan mutu padi.
    9. Penyelidikan dijalankan oleh MARDItelah berjaya menghasilkan benih yang bermutu tinggi.
    10. FAMA sediakan kilang untuk memproses dan mengeringkan padi sebelum beras dipasarkan.
    1.   Langkah-Langkah Meningkatkan Pengeluaran Padi
    • MARDI, FAMA, LPP, LPN dan Bank Pertanian
    1. Sediakan kemudahan pengairan - padi boleh ditanam 2 kali setahun dan luaskan kawasan baru
    2. Membaiki dan menambah jumlah projek yang ada .
    3. Bantuan kewangan yang dikeluarkan oleh Bank Pertanian Malaysia supaya petani boleh modenkan sistem penanaman.
    4. MARDI giatkan penyelidikan untuk hasilkan benih bermutu tinggi, baja serta kawalan penyakit-penyakit dan serangga perosak.
    5. Tebusguna kawasan paya, pantai seperti yang telah dijalankan di kawasan Tg.Karang, Selangor dan Changkat Jong, Perak dan di Melaka.
    6. FAMA bantu petani untuk pasarkan hasil padi dengan kawalan harga.
    7. Kerajaan tubuhkan LPN untuk membantu petani memasarkan hasil padi dengan harga yang lebih baik.
    8. Tubuhkan Koperasi Peladang bantu petani tentang harga dan penanaman - LPP - benteras orang tengah.
    9. Petani diajar guna kaedah pertanian moden.
         
    10. Peranan Agensi Kerajaan Yang Membantu Petani
    11. Agensi
      Kaedah
      1. BERNAS
      1. Meluaskan perkhimatan keluar kawasan utama penanaman padi.
      2. Menyediakan kredit, kumpul hasil, menguruskan subsidi baja kimia dan racun serangga.
      3. Menjamin harga minimum dan bantu petani memasarkan padi.
      1. Koperasi Peladang
      1. Mengajar petani menggunakan peralatan jentera moden.
      2. Membeli baja dengan harga yang lebih murah.
      1. Jabatan Pertanian
      • Mengajar petani menggunakan jentera, baja kimia dan racun serangga.
      1. MARDI
      • Menghasilkan benih padi yang tahan kemarau, cepat masak dan hasil tinggi seperti MR52, MR53 dan MR77.
      1. Bank Pertanian
      • Menyediakan bantuan kewangan
      1. FAMA
      • Menyediakan pusat menjemur dan kilang untuk memproses padi.

No comments:

Post a Comment