Tuesday 29 March 2011

Pendidikan

PROGRAM E-PEMBELAJARAN BANTU PELAJAR

e-pembelajaran2
Program e-Pembelajaran tersebut untuk meningkatkan pretasi pelajar
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) digalakkan menyediakan program e-Pembelajaran seumpama Sistem Pengurusan Pembelajaran Pintar Tutor (Tutor iLMS) di sekolah harian kerana ia dapat membantu mengembangkan potensi pelajar.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, penggunaan program tersebut dilihat dapat mempelbagaikan lagi kaedah pembelajaran mengikut tahap kecerdasan pelajar.
Sehubungan itu, diharapkan pihak PIBG, sekolah mahupun wakil rakyat mengambil inisiatif untuk menyediakan program e-Pembelajaran tersebut untuk meningkatkan pretasi pelajar.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Tutor iLMS iaitu projek kerjasama antara MIMOS Bhd. (MIMOS), Perfisio Solutions dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Tutor iLMS yang dibangunkan MIMOS itu adalah aplikasi perisian pembelajaran pintar yang mampu menyediakan kaedah pembelajaran lebih berkesan.

Pada peringkat permulaan, empat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan sebuah Institut Kemahiran Mara (IKM) dijadikan projek perintis bagi pelaksanaan program e-Pembelajaran tersebut.

Kaedah pembelajaran yang digunakan lebih mudah difahami kerana ia berdasarkan profil dan personaliti sebenar pelajar.  Sebelum menggunakan sistem tersebut, pelajar perlu menjalani ujian psikometrik terlebih dahulu bagi mengenal pasti tahap kecerdasan dan cara pembelajaran yang sesuai dengan mereka.
Setelah itu, mereka akan menggunakan cara pembelajaran sama ada dalam bentuk teks dan grafik, multimedia atau visual dan realiti maya. Program tersebut akan dipasarkan di seluruh negara selewat-lewatnya penghujung tahun ini kerana terdapat beberapa mata pelajaran yang masih berada dalam proses pembangunan.

Pada peringkat permulaan, Tutor iLMS sudah membangunkan program untuk empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah.

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=8908%3Aprogram-e-pembelajaran-bantu-pelajar&catid=36%3Amengenai-pendidikan&Itemid=1

No comments:

Post a Comment