Tuesday 29 March 2011

Pelancongan

          Pelancongan telah diiktiraf sebagai salah satu sektor ekonomi yang berkembang pantas serta penyumbang penting kepada pendapatan negara. Ketika ini sektor pelancongan merupa­kan penyumbang ketiga ekonomi negara terbesar selepas industri pengeluaran dan petroleum.

Kementenian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan (TDC) telah mengadakan promosi secara besar-besaran seperti Tahun Melawat Malaysia yang bertujuan menggalak dan menarik pelancong asing dan tempatan untuk menikmati keindahan negara ini.
Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990 dan 1994 yang diadakan itu telah mencapai kejayaan membanggakan dalam usaha mempromosi negara ini sebagai destinasi pelancongan. Walaupun pada masa ini tendapat ribuan peketja di bidang pelancongan tetapi masih tidak mencukupi untuk memberi perkhidmatan kepada sektor ini memandangkan industri ini berintensifkan tenaga pekerja.

lni menunjukkan industri pelancongan akan berkembang dan berpotensi untuk menjadi salah satu sektor penting yang menyumbang kepada ekonomi negara. Keadaan ini pastinya membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat.Di antara kerjaya yang boleh diceburi termasuk sebagai pemandu pelancong, pegawai
pelancongan, pegawai promosi, perhubungan awam, pengangkutan, perkhidmatan perjalanan dan pengurus pelancongan sama ada di agensi kerajaan atau swasta. Kerjaya di bidang ini pastinya menawarkan pendapatan yang lumayan tetapi bergantung kepada pekerjaan yang dipohon dan kelulusan yang dimiliki oleh seseorang.

          Memandangkan pentingnya bidang ini, maka terdapat universiti dan institusi
pengajian tinggi (IPT) tempatan yang menawarkan kursus berkaitan dengan bidang pelancongan. IPT tempatan yang menawarkan program pengurusan pelancongan di peringkat sarjana muda ialah Universiti Utara Malaysia (UUM). Sementara Universiti Teknologi Mara (UiTM) menawarkan di peringkat diploma dan sarjana muda. Penawaran program ini bertujuan memberi kepakaran di dalam industri pengurusan pelancongan.

          Program ini berbentuk untuk melahirkan para graduan yang pakar di bidang pengurusan
pelancongan terutama dan segi perancangan, pengurusan, pembangunan dan pemasaran.
Di UUM, Sekolah Pengurusan menganugerahkan Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dengan kepujian kepada lulusan di bidang ini. Manakala UiTM menganugerahkan Diploma dan Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan.

          Di antara kursus yang diajar semasa pengajian termasuklah pemasaran pelancongan, pengantar pelancongan, peran­cangan dan pembangunan pelancongan, seminar pelancongan, pengurusan strategik, impak pelancongan, pelancongan, pengurusan perkhidmatan perjalanan pengurusan rekreasi, pengangkutan pelancongan, pengurusan operasi hotel, pengurusan restoran, serta perancangan dan pembangunan hotel.

No comments:

Post a Comment